Thursday, July 19, 2012

July 19, 2012 The lost trekkers found

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=%2F2012%2F7%2F19%2Fmstar_jenayah%2F20120719160737


Tujuh Penuntut Universiti Sesat Di Hutan Ditemui Selamat
KUALA LUMPUR: Tujuh penuntut sebuah universiti swasta yang tersesat ketika mengadakan latihan mendaki di Hutan Bukit Tabor, Taman Melawati, Ulu Klang di sini sejak petang semalam, ditemui selamat awal pagi Khamis.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata pasukan pencari dan penyelamat yang terdiri daripada 12 anggota Bomba dan Penyelamat, membantu anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam, melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa pada 8.40 malam.
Kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an.
"Pasukan itu menemui mereka pada kira-kira pukul 1 pagi tadi dalam keadaan tidak bermaya, namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini.
Kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat perempuan dan tiga lelaki itu, memasuki hutan itu pada pukul 4 petang, sebagai latihan persediaan mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, namun tersesat ketika mencari jalan pulang. -BERNAMA
Brief Translation
7 private universiti students who was lost in Bukit Tabur, has been found safe on Thursday morning.
12 rescuers from Bomba, Police & Jabatan Awam launched a search & rescue after receiving a call  from their family at 8.40 pm.
All of the lost trekkers is at age 20 plus.
They were found safe with no injury at 1 am.
The group consist of 4 girls & 3 boys, who went into the hill at 4 pm  undergoing training for Gunung Kinabalu climb, they lost their way while searching for a route to come back from Bukit Tabur